Wednesday, September 17, 2008

Disebalik erti ramadhan buat diriku

Hari ni genap 18 hari umat islam berpuasa...tak lama lagi kita akan menyambut syawal yang mulia...

Rasanya seperti baru sahaja Ramadhan yang lepas disambut, kini tau-tau Ramadhan sudah mula melangkah pergi...semoga umur dipanjangkan Allah dan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang.

Sedar tak sedar juga, sudah genap 8 hari saya berulang alik dari pjaya-kl. FYI saya sudah mula bertugas sebagai pensyarah universiti DS51 di pusat perubatan UKM (nama baru bagi menggantikan fakulti). Alhamdulillah, segalanya tidak seperti yang di gambarkan...

Sebelum memulakan tugas di sini, semua tahu yang saya masih tidak pasti samada keputusan yg saya buat utk meninggalkan cucms tu betul atau tidak. Ada yang menambah kegusaran, ada yg memberi kata positif. yang pastinya logistik pasti akan memberi masalah kepada saya. Tambah2 di bulan puasa, dengan jalan jem tatkala semua manusia berpusu2 mahu meninggalkan kota utk pulang ke rumah utk berbuka.

Tapi..itulah namanya ketentuan tuhan..kadangkala segalanya berlaku tidak logik pada akal manusia tetapi tidak ada yg mustahil dengan kekuasaan Allah. Surprisingly, tidak pernah dalam jangkamasa saya berulang alik kl-pjaya saya merasa tertekan or tensen. Langsung tidak. Walaupon jalan jem, saya tahu yang saya ada pembantu menanti dirumah. Anak pon diuruskan dengan baik sekali..alhamdulillah...tq to my maid (saya terpaksa menanggung risiko mengambil maid utk membantu menguruskan anak). Walaupon saya harus bertolak seawal 6.50 am, tapi saya tak pernah tensen malah i enjoy driving everyday dengan highway yang bole dikatakan lengang sambil2 mendengar radio...

Sampai di ukm kl lebih kurang 7.45...masuk je kawasan pagar, hari2 saya rasa kehadiran saya dihargai...berbeza keadaannya dulu...walaupon rumah dekat giler...tapi hari gi kerja tensen & rasa tak dihargai...itulah namanya kuasa Allah mengatasi tahap pemikiran manusia. Ramai juga yg kurang b ersetuju saya bekerja di kl memandangkan logistik & workload yang agak berat di ipta (berat pon berbaloi beb....nanti leh naik AP or P).... n i have ample time to prepare my teaching materials beforehand (kalo tak cukup tu sendiri salah la sebb selalu sangat shopping kat coket n jalan TAR - ini lagi satu therapy utk tensen yg saya tak dapat di cyberjaya)...dalam kate lain, segalanya berjalan seperti yg di doa kan...mendapat bilik besar utk seorang pensyarah sudah cukup buat saya bersyukur.

Apa pon..its too early to judge apa yg saya dapat sekarang betul2 kebahgiaan dan rezki atau cuma ujian sementara...(ye ke?)..insyaallah ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat saya di sini.

Bercakap mengenai rezki saya di bulan Ramdhan yang mulia... there are 3 major things in my life happened during Ramdhan:

1- saya bertemu dengan seorang lelaki mulia di bulan Ramadhan yang telah memebri kebahgiaan kepada kehidupan saya sehingga ke hari ini iaitu siapa lagi kalo bukan my hubby...itu cerita hampir 10 tahun lepas (walaupon kami baru mendirikan rumah tangga 2 tahun 7 bulan -ohh..hari ni genap umur amirul hadiff 1 tahun 4 bulan).

2-saya disahkan pregnant 2 tahun lepas...1 hari puasa tula dah bole detect.

3-saya mula bertugas di jabatan biokimia, pusat perubatan UKM sebagai pensyarah...

bukankah ini rezeki di bulan Ramadhan..Ya Allah, tq for everything!!!

Kawan2 doakan saya selamanya bahagia...semoga doa itu akan kembali kepada anda semua.