Kenapa pagi2 jumaat ni aku sibuk tulis pasal ni..
entahla..mayb sebb masa breakfast tadi terbaca akhbar yg asik menceritakan kisah cerai berai artis untuk kesekian kalinya..tak kurang juga yang menjalinkan cinta terlarang..
tetiba rasa emosi..
Sapa nak baca, sila baca..taknak pon its ok..but this is from my point of view..it might be true..it might be wrong..
Cinta itu satu perasaan mulus
Augerahkan Ilahi kepada mana2 hamba yg dikehendakinya..
Tak semua mengerti apa kah itu cinta sebenarnya (kerana mereka bukan yg dipilih)..
Cinta itu bukan sayang..
Cinta itu bukan kasih..
Cinta itu lahir dari perasaan sayang dan kasih
Yang pada mulanya muncul sendirian
Tetapi seandainya terus dibaja dan disiram dengan belaian dan layanan perasaan..
Maka tidak mustahil ia kan berubah menjadi cinta..(so paham2 sendiri la ni..)
Tidak salah seandainya perasaan sayang itu hadir..
Kerana ia tidak bisa muncul sekiranya dipaksa-paksa..
Tidak salah seandainya kasih itu datang..
Kerana ia hadir dengan gerakan hati yg entah dari mana..
Tetapi yang salah itu adalah hati yang melayan gelodak perasaan dan igauan yang entah apa2..
(ini utk yg belum kawen)
(yg ni pulak utk yg dah berkahwen)
Tidak mustahil..
Cinta yang berkembang mekar..
Cinta yang ranum itu..
Bisa layu, kering dan tandus..
Kerana cinta itu juga seakan roh yang perlukan santapan harian..
Jangan salahkan cinta seandainya ia makin tipis..
Kerana ia bermukim dijiwa
Yang perlu dinafkahi dengan santapan emosi
Dan belaian kasih sayang sentiasa..
Agar ia kekal disana..
(tidak ada kene mengena dengan saya)
No comments:
Post a Comment