Friday, February 20, 2009

live life to the fullest!!

Friday 20th Feb. 2009

I just coming back from a talk (syarahan perdana) by Prof Datin Dr. Norella. Nampak sambutan sangat hangat kerana ia di sambut bersama dengan sambutan CNY.

Isu yg disampaikan sangat menarik. Ianya berkaitan kadah rawatan SLE (sistemik lupus eritematosus). Sejenis penyakit autoantibodi. Senang saya ringkaskan antibodi badan kita sendiri menyerang sistem badan/organ/darah dalam badan seolah2 ianya adalah germs.

Kaedah ini adalah pelbagai (HUKM telah di refer sebagai pusat SLE).

Apapun, ada yang lebih menyentuh hati saya. Saya hampir menitiskan air mata tatkala melihat seorang lelaki berumur dalam keadaan kepala yg tidak berambut (kesan kemoterapi) hanya mampu duduk di kerusi roda yang ditolak oleh pegawai keselamatan. Lelaki ini dipapah oleh mereka untuk duduk di kerusi VIP. Hati saya mula terusik. Memandangkan lelaki ni memakai mask, dan hanya mengenakan t-shirt ditutupi sweather dan berkain pelikat. Sukar utk saya meneka.


Kawan2 X-pasca biokem ukmkl, he is our dedicated Datuk KK (bukan KY). Sedih tak uol. Kalau dulu kita lihat die energetic, very brilliant, genius, tapi hari di depan mata saya. Ahh..tak tahu mcm mana nak elaborate lagi. One think that i respect, semangat dia yang kuat. Masih sangggup datang utk mendengar talk by his wife.


He was diagnosed to have leukaemia (kalau tak silap 17 year ago)..tapi dulu die ok, sihat mcm biasa kerana mendapat treatment dari osea. Itu yg saya dengar. But now the condition is deteriorated.


Doakanlah bekas pengarah hospital ini sembuh sepenuhnya. Harapan saya, marilah kita sama2 menghargai hidup kita selagi kita dikurniakan allah kesihatan. Apa yg saya sendiri leka, bila sihat mcm ni selalu rasa diri ku malang, diri ku di aniaya, kenapa itu, kenapa ini, Tapi bila kita ditimpa penyakit kronik, cuma satu je yg kita akan fikirkan..Ya allah kembalikan nikmat kesihatan kepadaku..tiada lain lagi yg aku pinta..(betulkan??)

To Datuk KK, saya doakan semoga cepat sembuh sepenuhnya dan kembali berkhidmat kepada masyarakat.

some pic taken during tarian singa
singa berebut buah



9 comments:

Anonymous said...

dato KK???!! yg ensem tu ke? yg slalu senyum n very nice tu? yg dulu kita selalu berebut2 tu? aku ingt dia mmg favourite seme org..kalau KK yg tu, dulu ita (ateng) minat sgt kat dia..dah lupa dah nama penuh dia..sedih ek..itu la kan, kdg rasa life miserable sgt tapi betapa lupa nya kita dah byk sgt rahmat Tuhan kasi utk kita kan..

Skin said...

wahidah? datuk kk as in khalid kadir? endocrinologist tu? masyaAllah.. very brilliant man.. tak sangka.. baru hari tu nmpk muka dia kt newsletter..datin norella mcm mana?

wahida said...

SuN,
ala KK yg bukan kite minat tuh..yg paling kite takut tu..kalo journal club hari sabtu masa dulu2 kan bile die dtg, mesti nak terkencing2punyela takut bile die tanya soalan.

Sakinah,
yup. datin ok..bile die turun dr stage tu die slam dgn semua vip. sampai kat laki die die stop & kiss her husband head. sedih..isk..isk.

HEMY said...

hmmm...itu la lumrah..sume org menunggu saat datangnya sakit..tapi still tak bersedia

NONIE AZIZ said...

Nonie ada kawan kena SLE ni...kesian bangat...Yang terbaru dapat tau dia dah meninggal diserang darah tinggi kat tempat keje...

Skin said...

ingat tak prof z selalu cerita pasal dia.. benda2 lama la kan.. tapi bila ingat balik, sedih pulak.. macam mana pun kita, kita tetap akan kembali padaNya..

wahida said...

Nonie,
SLE ni treatment die for the whole life..
lain sepital lain cara die. Alfatihah.

Sakinah,
itu lah..memang betul ape prof z cakap. tapi kan isteri die tabah & sangat setia.

Mak Su said...

sedihnya... tak tahu nak cakap apa. memang benar, tatkala sakit, minta dikembalikanlah nikmat kesihatan

moga Dato KK tabah menghadapi ujian untuknya

wahida said...

maksu,
tu lah..masa sihat ni mcm2 kite nak..nak cantik la, nak kurus la, nak kaya raya la, nak rumah besar la, tapi bile sakit kronik camtu, takk delain dah yg kite nak..minta nak sihat je.