Wednesday, December 24, 2008

Good bye 2008..welcome 2009

Ini post terakhir for this 2008..memandangkan saya akan bercuti esok sehingga new year..saya akan update later all the activities sepanjang percutian saya..(new year baru leh update)

kawan2..doakan semoga saya dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik and come back in one piece.

sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya, ingin saya menjatkan rasa syukur di atas segala pencapaian sepanjang tahun ini..

jom tengok diari saya, apa yg best di tahun 2008:

1. lulus phD (medical biochemistry - viva pada disember 2007)
2. konvokensyen topi bulat pada august 2008.
3. bercuti ke langkawi seminggu b4 konvo.
4. dah ada bibik 7/9/2008
5. berjaya di terima sebagai pensyarah fakulti perubatan UKM 8/9/2008 (a day after bibik
sampai)
6. 2 org kazen sudah selamat mendirikan rumahtangga (alhamdulillah)
7. bercuti ke cameron highland..esok.

yg tak best sepanjang tahun ni rasenye banyak, tapi yg paling sadis je la I jot down:

1. berpindah kerja dari cyberjaya uni ke ukm (sedih tau..)
2. arwah abg ipar meninggal due to cardiogenic shock.
3. tak berjaya menyiapkan scientific journal walau pon satu.

apa azam tahun baru ye??

next entry okey..tunggu..

Tuesday, December 23, 2008

Nak kemana cuti ni?

salam sejahtera..semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas kita semua..
hari ni adalah hari ke-2 terakhir sebelum saya bercuti sehingga new year. Timetable saya sangat pack. Harus menyetelkan apa yg tak setel lagi..i hate to bring along all the works during the vacation..bukan bercuti namanya..tapi nampaknya semua buku2 ini tak bole berenggang dengan tuan empunya diri..so saya wajib membawanya bersama..i have lectures on monday till friday exactly on the day after coming back from holiday..
and on the same day, same week, my hubby will be warded for a week for tonsilectomy (surgery utk buang tonsil)..semoga segalanya berjalan lancar dan tidak meninggalkan kesan yg tidak baik..tengokla, ade perubahan tak kat suara die nanti..
bermula 25/12, saya akan memulakan percutian ke cameron highland..kami dijangka bertolak awal pagi dan berhenti rehat di tapah..(amik mak sekali)..then meneruskan pendakian ke puncak cameron. Hotel yg dipilih cuma hotel 2 star memandang kan hotel yg bagus dah fully booked (serves me right..sape suh tak book awal2)..tak apala..sebab kat sana yg penting nya berjalan dan makan buah (aktiviti wajib). Saya menjangkakan tanah tinggi cameron akan bersuhu lebih sejuk memandangkan sekrang musim hujan.
sesiapa yg tak kenal, saya sebenarnya dilahirkan di tapah (kaki tanah tinggi cameron). thats why kalau baik tapah, memang sejuk especially waktu dinihari..air paip di rumah saya sangatla sejuk..kalau mandi pukul 11 pun still boleh menggigil (over la tu)...tapi serius memang sejuk.
my sis and her daughter pon akan join..sian khaleeda tak berjalan mane2 cuti sekolah nih..takpe.maksu & paksu bawak gi jenjalan ye..(kakak baru kehilangan suami sepertimane yg saya story pada entry raya ari tu)..we plan to spent 2 nights there and turun pada hari sabtu..
sabtu sampai sabtu depannya saya stay di tapah..(ada kenduri kawen cousin)..mayb ahad pagi or sabtu petang we all balik..
bloggers..you all ke mane cuti ni..story sket..kut2 bole curi idea tu next time...

Friday, December 19, 2008

Risau (3)

alhamdulillah..platelet count has increased to 40+. Dah dibenarkan discharged semlm (?)...(with that no of platelet dah bole keluar)..tapi insyaallah ok kut sebab nampak increasing trend..

nampaknye adik perempuan dia pulak demam teruk..harap2 bukan denggi...

whatever it is..Shah Alam residents..berhati2!!

Tuesday, December 16, 2008

Risau(2)

I just called my brother..the platelet count has increased to 30+..alhamdulillah..at least ade increasing trend tu kire positive respond from his body..
Anyway. i still dont satisfied with the service..semalam buat scanning takkan la hari ni tak tau lagi..dah ade dr yg review ke tak??..hmm..hopefully takde ape2..saya cuma takut terlambat buat tindakan je. As what had happened to my father..jari putus patut bole sambung tapi sebab delay yg amat sangat, sel pon dah mati..well, itula goverment hospital..(docs..jgn marah..ni teguran membina)..saya tau apa yg saya cakap!

Risau (1)

My nephew was admitted 4 days ago. Platelet count was 60+ when he was admitted at hospital Tapah. Then he was transfered to HB Ipoh since the platelet count keep on decreasing. I just received a call from my brother that the platelet count is now 20 (last night was 17). You know the diagnosis right? He is having a denggue fever. And platelet count less than 20 is very risky of having internal bleeding (which i do not want to mention to anybody). What makes me feel uneasy, he started compalining stomach ache and edema at the eye area. The Dr will do the scanning this evening to figure out the reasons. Ya Allah, harap2 bukanlah internal bleeding.
Ya Allah, ya tuhan ku, engkau sembuhkanlah Mohd Nur Haramaini segera. Jauh kan dari segala kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah..sembuhkanlah dia segera..Sesungguhnya engkaula tuhan yang maha penyembuh.
Bloggers please doakan juga ya..semoga doa kita dimakhbulkan. Tak sanggup rasanya memikirkan sakit yg ditanggungnya. (Saya penah kene denggi ni tapi not as bad as this).
I will update later..

Tuesday, December 9, 2008

Disebalik Sepotong Nama

Sebenarnya ni tengah letih..so tak salah kan kalau nak melepaskan lelah..update blog kejap. Ada something interesting that i would like to share with uol.
Mungkin ada di antara people out there yg masih tak tahu maksud nama masing2 kan..ok..ini ada satu website yg bagus..http://mj.crazyartzone.com/baby/index.asp
website ni bole tolong uol..i dah try..and let see apa yg dia bagi utk nama saya..

Nur wahida/h (sorry Nor takde maksud so i have to change to nur)
Nur - cahaya
Wahida - Beautiful (huhu syoknye)
Wahidah - Sendirian (memang pon suke menyendiri)

Nama yang berkaitan
Annur Cahaya
Dinar Uang emas
Gulnar Bunga ( Persian)
Gulnar flowery [Persian]
Jahanara Queen of universe
Manar Guiding light
Manar Mercusuar
Nur Cahaya
Nur Aini Cahaya mataku
Nur al Din brightness of the faith
Nurain Cahaya mata
Nurhan Cahaya raja
Nuri Cahayaku, bercahaya
Nurjannah Cahaya surga
Nurjihan Nama tokoh perempuan
Nuruddin Cahaya agama
Nurul Cahaya
Nurul Haq Cahaya kebenaran
Nurul Hidayah Cahaya petunjuk
Nurul Islam Cahaya Islam
Nurulain Cahaya mata
Zunnurain Yang mempunyai dua cahaya
Wahida Beautiful
Wahidah Sendirian
Apa ada pada 'NOR WAHIDA' ?


N Naif - ye ke..macam tak je..maybe utk certain2 thing kut
O Oportunis - memang patut
R Ramah - dengan org2 yg ramah jugak..dengan yg berat mulut i pon jd mcm tu gak
W Warak - insyaallah..amin
A Amanah - mesti
H Harum - memang suka pakai perfume (fav-CK)
I Ikhlas - memang ikhlas menyampaikan ilmu..semoga semua students ku akan menjadi
doktor yg berketrampilan
D Dinamik - wajib kalo nak jadi professor one day
A Alim - maksud alim ialah berilmu kan..semoga alim dunia & akhirat amin..
itula sedikit sebanyak..dalam banyak2 tu..rasenye Oportunist yg saya belum cuba utk jadi..cuba la lepas ni..padanla selalu je terlepas peluang..

Friday, December 5, 2008

Azam Pre-New Year

saya berazam:
nak jadi org yang tegas

(sebab selama ni lembut dan lembik so org tak respect)..kadang2 i langsung tak mencerminkan pensyarah D51..dari segi tingkah laku..selalu masih merasakan yang i sama level dengan mereka (students dll..mayb sebab terlalu ramah dan tak tegas)..masalahnya mungkin tak timbul kalau masyarakat melayu masih mengamalkan hormat menghormati..


selain itu, my hubby pon cakap i kene jadi mcm dia..consultant semua takut nak jumpa dia sebab dia seorang yg tegas dan well-organize..dengan dia hanya ada 2 jawapan..yes or no..takde tapi2 or sorry2.. (bole ke i jadi mcm die?)..dulu die pon cakap die tak suke tengok org macam tu..tapi bila die berada di kerusi itu die harus berubah (so, i pon kene berubah)..kalo tak org takkan hormat dan kerja pon jadi tak cemerlang (betulni..sebab terlalu banyak alasan bertapi-tapi..kita takkan berjaya)


satu lagi yg menaikkan bp i pagi2 ni ialah..bibik i yg sedia maklum suke bangun lambat hari ni lagi lambat die bangun..can u imagine hari ni die bangun kul 6.50..uol tau tak i bangun kul berapa every single day?..5.30 am..so sendiri mau pikirla..kalo selama ni pon die bangun lambat i dah sikit2 hangin (selalu 6.30)..hari ni mau tak menyirap..sape yg jadi mangsa???hadiff jugak yg kene marah..sorry mama takde maksudpon..tapi nak lepaskan kat bibik tak berani takut diapa2kan anak nanti waktu kita takde..so lepasni i nak bertegas dengan bibik..mungkin salah i jugak terlampau baik..mane nak cari bibik yg bole tido kul 9 bangun kul 6.50 kan??


oklah..satu tu dulu azam pre new-year..harap2 bila menjelang new year..saya dah jadi the new wahida..

Monday, December 1, 2008

tolong pikir..

pagi isnin ni..
datang2 keje nak masuk bilik..
disambut dengan name tag yg tercabut dari pintu (uol dah tengok kat entry yg lepas)..
ade 3 pieces semuanya atas lantai (2 soket kiri kanan dan nama saya)..
saya tak snap la pulak gambar sebb takde ada yg special.
tapi yg agak heran..
bila saya cuba lekatkan semula soket2 yg ber-double tape kat belakang (double tape hitam)..
ianya tidak semudah angin boleh ditanggalkan..
disebabkan ianya senget maka saya telah memanggil seorang pekerja dari office utk membetulkannya..
tau tak..nabil terpaksa pakai pisau utk tanggalkan soket itu..sampai senget pisau ku..
solan cepu emas saya..
macam mana tag pada pintu itu boleh jatuh dan tak berselerak di muka pintu? (jatuh elok je)
uol seme bole tolong pikir tak..
angin tak mungkin dah kalau manusia pon kene pakai pisau..
adakah burung hantu yg saya cerita di entry yg lepas yg menanggalkannya?
atau ada manusia yg menjadi burung hantu dan takde kerja lantas menanggalkan nama saya..
kenapa saya?
hanya allah yg tahu dan insyaallah tuhan akan membalasnya cash didunia dan di akhirat juga..
ada screen besar di 'sana" nanti yg kita bole sama2 tengok.
(emosi saya tak tergugat walaupon hari ni isnin..senyum je ni)

Thursday, November 27, 2008

hati..

wahai hati..
sukarkah utk kau ubati luka itu..
wahai hati..
madu yang kau temui bukanlah penawar sebenarnya..
wahai hati..
kerana kau jasadku terus berdiri..
tapi sampai bila harus begini..
hidup ditengah manusia mengelilingi..
tapi hati itu tetap sendiri..
sepi itu seperti tidak mahu mengundur diri..

cinta ke?

Kenapa pagi2 jumaat ni aku sibuk tulis pasal ni..
entahla..mayb sebb masa breakfast tadi terbaca akhbar yg asik menceritakan kisah cerai berai artis untuk kesekian kalinya..tak kurang juga yang menjalinkan cinta terlarang..
tetiba rasa emosi..
Sapa nak baca, sila baca..taknak pon its ok..but this is from my point of view..it might be true..it might be wrong..

Cinta itu satu perasaan mulus
Augerahkan Ilahi kepada mana2 hamba yg dikehendakinya..
Tak semua mengerti apa kah itu cinta sebenarnya (kerana mereka bukan yg dipilih)..
Cinta itu bukan sayang..
Cinta itu bukan kasih..
Cinta itu lahir dari perasaan sayang dan kasih
Yang pada mulanya muncul sendirian
Tetapi seandainya terus dibaja dan disiram dengan belaian dan layanan perasaan..
Maka tidak mustahil ia kan berubah menjadi cinta..(so paham2 sendiri la ni..)

Tidak salah seandainya perasaan sayang itu hadir..
Kerana ia tidak bisa muncul sekiranya dipaksa-paksa..
Tidak salah seandainya kasih itu datang..
Kerana ia hadir dengan gerakan hati yg entah dari mana..
Tetapi yang salah itu adalah hati yang melayan gelodak perasaan dan igauan yang entah apa2..
(ini utk yg belum kawen)

(yg ni pulak utk yg dah berkahwen)
Tidak mustahil..
Cinta yang berkembang mekar..
Cinta yang ranum itu..
Bisa layu, kering dan tandus..
Kerana cinta itu juga seakan roh yang perlukan santapan harian..
Jangan salahkan cinta seandainya ia makin tipis..
Kerana ia bermukim dijiwa
Yang perlu dinafkahi dengan santapan emosi
Dan belaian kasih sayang sentiasa..
Agar ia kekal disana..

(tidak ada kene mengena dengan saya)

Tuesday, November 25, 2008

my workstation..

dah lama nak cerita pasal entry ni..
actually masa mula2 register lagi dah plan..
disebbkan takde ape2 nak cerita so let me show you macammana rupanya bilik ku syurga ku..
apa pun saya harap jgnla ada yg beranggapan saya saja nak show off..tak, cuma nak share my happiness yg mana all this while cabin ku adalah syurga ku semasa di cucms (you all paham kan)...
so i start with my new tag


another tag..


jalan2 ke bilik...sunyi je kan..agak seram kalau dah lewat
memandang ke bawah dari jendelaku

(wahh ade court..bole ke main??)

selak bidai nampak building..kalo kat sane (cucms) selak bidai nampak ape ekk..nampak la anak2 anjing berkeliaran di padang yang kering kontang..

ini interior bilik yg agak tak tersusun...bilik belakang tu bole lah nak wat tempat relax..sambil2 :) sorry..meja bersepah..memang yg ni i cannot help..tak bole kemas macammana pon.. a clear desk is a sign of sick mind -pinjam kate mak ketua..tapi yg paling best i punye flat screen monitor yg kecik tu..huhu..baru dapat..panas2 lagi..baru buka dari kotak DELL..kalau uol dtg ke sini mesti agak terkejut...dlm bilik ni masih ada papan hitam besar yg kita guna masa sekolah menengah dulu2..tapi i suke la..kadang2 guna jugak untuk menconteng2 (bila tensen)..seronok rasa kembali ke zaman kanak2..


hah..now kite tengok sudut2 yg kemas pulak...
ade perasan tak...boxes tu?...mcm kenal kan..yeah..from ikea with love..(cermin tu jugak)

hah..side table..kemas kan?...ni gambar2 buah hati..& souveniors


okla..tu je kut..uppsss..ada gambar cabin ku masa kemas packing nak pindah..
jom tengok..

okla...tu je kut...
bubbye..






Tuesday, November 18, 2008

it is an..erghh..scary..

assalamualaikum to all,

sebaik sahaja merehatkan badan di kerusi yg tak berapa empuk ni tiba2 ada ketukan di pintu bertalu2..sape pulak yg ketuk nih?..saya pon menyuruh masuk tanpa bangun utk membukanya sendiri (biasala..bapak ketua pon camtu)..

"dr..ada letak apa2 barang kat tepi tingkat ke? cleaner ade tanya, nampak mcm kayu..tapi pelik rupanya" kata sorang staff di jabatan fisio (not my department)..

saya pon ape lagi..kelam kabut, nak pegi selak langsir ke tak.."kak, sebelah dalam ke luar bende tu..saya tak letak ape2 sebelah dalam kat tepi tu"

"tak die belah luar..."

"mari la kak masuk sekali..." saya mengoffer sebb takut sebenarnya..ye la mane tau kut2 ular ke tegak kat situ"

sebenarnya..biar saya cerita serba sedikit keadaan bilik saya ni...satu bilik besar yang dibahagi dua dengan dinding menjadi satu bilik besar dan satu bilik kecil..bilik kecil tu bole la kalo nak solat orr berehat..sesuai jugak kalo letak sofa or lazy chair sambil2 tengok tv (yg tu lebih la tu)...tingkapnya adalah glass window covered with blinder..

sebb akak tu refuse dengan mukanya yg masih berpeluh2 sebb baru sampai keje or sebb takut tak tau la...

saya pon memberanikan diri utk ke bilik sebelah dalam dan menyelak bidai..makkk...saya pon terkejut..ape tuh..kaler cokelat..macam kayu buruk besar tertonggok kat tepi tingkap saya tak bergerak..muka tak nampak...

akak tu pon mengajak aku keluar utk melihat dari luar bilik melalui jalan....ish..pe tu..scary nye..mcm mane leh ade kat situ..bilik aku pulak yg die pilih...agaknya bunyi bising yg kitorang buat dah mengejutkan bende tu..sekali die pon pusing..eiiii..muke die...

betulla nih burung hantu..


"NI BURUNG HANTU...kan kak?"

"entahla akak pon tak tau"..
ye la memang sah..it is an owl..a sick owl i guess..nampak kesan die terberak2 kat tepi tingkap..

sian pulak saya tengok.. tapi muka die scary..

die pandang kitorang macam nak terkam..ape lagi..saya pon nak menyorok takut kene terkam..tetibe betul die bergerak dan terbang tapi bukan ke arah kami..die terbang ka atas bumbung...

dari jauh saya perhatikan keadaannya..tak berganjak..betulla die sakit. dalam hati terpikir..kesian burung tu..dari mana dtgnye dia..mungkinkah anak2 dan keluarga nya tertunggu2 kepulangan burung ni yg dari malam tak pulang sampai dah menjelang pagi...sayu pulak rasa hatiii..


kesan najis yg ditinggalkan

terbang ke atas bumbung...ni jauh tau..serius but then still nampak besar..can u imagine kalau kat depan mata..mau tak terkejut.

Monday, November 17, 2008

eid mubarak 2008

aidilfitri 2008 mencatatkan pelbagai kenangan manis yg sangat memberi kesan di hati. Sangat berbeza sewaktu belum berpasangan dulu. Enjoy nya lain..kali ni enjoynya bila tengok si anak teruna memakai baju melayu..sungguh segak nampaknya.

bagaimanapun..kenangn terakhir bersama arwah abang ipar juga berlaku di bulan syawal yg mulia ini...still remember in the past entry...ada story pasal abg ni sakit...kalau ikut perubatan hospital..it was kongenital heart disease..but then Allah knows best. Tak sangka dia akan pergi secepat ni..semua berlaku dalam masa 2 bulan..dalam masa itulah segalanya berubah...daripada seorang yg kuat berkerja..akhirnya takleh bergerak..edema dari pinggang ke bawah..taknak la cerita yg tu..apa yg lebih penting, arwah berkeinginan utk balik menyambut syawal di kg bersama2 ahli keluarga yg lain...dah dia kembali kepada yg esa pada 6 syawal.

theme colour maroon tapi awat nampak cam merah baju ku..kiut je mirul pakai ketayap..
ini sindrom org baru dapat kaki..ape pon mirul tetap hensem mcm..??? sape ekk?

kepulangannya ke kg juga turut mengubah pendirian one of my brother utk pulang ke rumah setelah bertahun kami tak bersua muka...sudah2 la tu abg li..ambil yg jernih buang yg keruh..kita bukan hidup menongkat dunia..kesian kat mak..anak2 yg makin membesar perlu bermesra dengan sepupu sepapat yg lain...sampai bila hati yg rajuk harus dilayan..yg sudah tu sudah ye..kami semua mahukan keluarga kita mcm dulu..perkara sepuluh tahun yg lepas usah dikenang..semoga syawal kali ini mengeratkan kembali silaturrahim antara kita.

abg li (the 3rd from 8 siblings) & family..(yg kak imah dukung tu amirul)

hah..tengok tuu..dah besar anak dare sorang ni...sampai telentok tido sambil berinai..penat sangat le tu konon..ekekekke..(abg ri sekeluarga)..tengok arr..akram dah hensem..huhu

ni gambar besar utk yg tak cukup besar di atas...lepas la rindu teh lin ye..

farewell party & my beloved cucms students

touching tatkala melihat gambar2 yg tersimpan sudah hampir 3 bulan...biarlah saya kongsi sebagai kenangan yg terindah..

pertama sekali i would like to say..thousand thanks to all for every single thing. To my x-mentees from the first batch till the 3rd batch..i wish you all the best & be an xcellent dr..i'm so proud of you dear...insyaallah our relationship will remain forever..

hari teraakhir saya berada di cucms, saya telah merancang utk mengadakan bday party utk mentees saya...kebetulan masa tu ke2 group mantees year 1 and 2 ada bersama...inilah kali terakhir saya bersua muka dengan mantees year 1 (sebb diorang tak dtg open house raya baru ni.. :(

bday girls & i (i pun celebrate gak..belated)

all the mantees year 1 & 2

canteeknye kek..
lagi touching bila balik ke bilik...students year3 pulak dah tunggu kat tangga...katanya ada party yg sedang menanti saya...aduhh..masa tu perut dah kenyang..takpela you all punya pasal...year 3 ni, students first batch, betul2 ibarat anak sulong, manja dan sangat rapat dengan lecturer, ehem2 batches yg lain jgnla jeles..uol pon same je...sayang you all!! barisan dr2 cun dari cucms

wif prof abu bakar & sakinah my dear friend (yg lain tu students year 4.. now)

the cutie zoran, the blurry tj and the macho man- zufar

and then tengah2 makn tu phone pon berbunyi..dr, where are you..we r waiting for you now at d ariff, we all nak makan dengan dr for the last time...huhu..itulah students tersayang..all the sweet memories will alwayz in my heart..what about the bitter one?.. ;)

konvo topi bulat (cont'd)

saya tunaikan janji....semlm balik rumah terus amik camera utk diintai gambar2 yang ada...huh banyak rupanya yg bole dikongsi bersama..

so we start with ape ekk..ada gambar konvo sampaila pindah kerja sampaila ke raya..


ok start with konvo dulu...mcm yg saya dah story dulu..gambar di ukm bangi cuma ada 2keping selebihnya di putrajaya :(

mak ayah dan saya...wajah2 keletihan dan kelaparan...(UKM dewan gemilang..dectar?? nadaaa)

jalan2 di putrajaya..di depan palace of justice.

di depan perbadanan putrajaya (Office hubbby)

ada macam graduate law la pulak..

gambar2 selebihnya saya upload di friendster ye...ada something surprise!!






Amirul Hadiff @ playground

Amirul Hadiff esok genap umurnya 1 tahun 6 bulan. Petang2 kalau sempat, kami bertiga (termasuk bibik) akan ke playground dekat umah...nape bawak maid? die pon manusia jugak..perlukan hiburan, tak pening ke kalau kerja 24 jam sehari tiap2 hari..at least die dapat menghirup udara nyaman..kelakar bile tengok bibik pulak beriya2 naik buaian..hehehe.

bila sampai kat playground tu tempat mula2 yg dia nak panjat ialah papan gelongsor tu..masalah nye kitela yg kene panjatkan..kalo tak tergolek dok le die..favourite die naik tangga turun tangga.
gambar yang yellowish tu kat IOI Mall..gelap skit..

gambar kecik takpe ye....nak cepat..server lembab.

open house

lama betul tak berblog...bz lately ni...& hari2 lupa nak transfer gambar dari camera ke laptop ni...anyway, sebbkan today is monday & mood pon ok...ape kate kite jengah2 ape gambar yang ada kat dalam hp yg bole di gigi birukan (bluetooth) ke laptop nih..

oh..ada la sikit2 gambar...mula dengan open house dulu..hmmm..gambar raya takde la ye sebb dok dlm camera kat umah.

open house ni berlangsung pada hari deepavali...bukan niat nak buat besar2an pon..cuma sekadar menjemput jiran tetangga yg masih belum bertegur sapa sampai ke hari ni (maklumla everybody is bz every singl day). Selain tu, nak jugak meyampaikan kesyukuran dapat kerja di ukm. terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri...(thousand thanks to my x-students, x-mentees, profs, wati n ina - cucms staff)...kepada yang jauh di mata tapi dekat di hati..lain kali bila uol dah ada di mesia..kita buat lagi ye..

ni lah je gambar yg ade..





ni stall western..ada ayam bbq, bbq dressing, coleslaw, baked beans, fries, air rutbeer (semua ni home made tau..my hubby yg buat..i tolong la off course). tukar bakar ayam - min -my brother in law...tq min & mia...
ni pulak menu melayu..ade nagi goreng, meehoon singapore - utk kids yg tak suke pedas..bluebarry & strawberry muffins & karipap ( yg ni semua tempah..tq to mak pah yg sudi tolong masakkan).



let see apa yg ada utk starter..ada rojak petis & pengat pisang...ehem...min membuka jalan ...yg ni saya yg masak...huhu.. rojak petis hubby buat sendiri :)

amira & ariff (medic year 4) tengah menjamu selera...ni la yg paling awai sampai...




ni pulak students yg paling lewat balik..asyik sangat dok melayan amirul..sorry guys gambar tak clear..anyway..meehoon yg oul tapau tu camne leh tertinggal?

with one of my x-mentees...tengokla i yg semakin mengembang..mukaku seperti kembang semangkuk..huhu..

okla..thats all that i have for now..lets have a look utk gambar lain yg ada dalam hp for the next entry.

Wednesday, September 17, 2008

Disebalik erti ramadhan buat diriku

Hari ni genap 18 hari umat islam berpuasa...tak lama lagi kita akan menyambut syawal yang mulia...

Rasanya seperti baru sahaja Ramadhan yang lepas disambut, kini tau-tau Ramadhan sudah mula melangkah pergi...semoga umur dipanjangkan Allah dan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang.

Sedar tak sedar juga, sudah genap 8 hari saya berulang alik dari pjaya-kl. FYI saya sudah mula bertugas sebagai pensyarah universiti DS51 di pusat perubatan UKM (nama baru bagi menggantikan fakulti). Alhamdulillah, segalanya tidak seperti yang di gambarkan...

Sebelum memulakan tugas di sini, semua tahu yang saya masih tidak pasti samada keputusan yg saya buat utk meninggalkan cucms tu betul atau tidak. Ada yang menambah kegusaran, ada yg memberi kata positif. yang pastinya logistik pasti akan memberi masalah kepada saya. Tambah2 di bulan puasa, dengan jalan jem tatkala semua manusia berpusu2 mahu meninggalkan kota utk pulang ke rumah utk berbuka.

Tapi..itulah namanya ketentuan tuhan..kadangkala segalanya berlaku tidak logik pada akal manusia tetapi tidak ada yg mustahil dengan kekuasaan Allah. Surprisingly, tidak pernah dalam jangkamasa saya berulang alik kl-pjaya saya merasa tertekan or tensen. Langsung tidak. Walaupon jalan jem, saya tahu yang saya ada pembantu menanti dirumah. Anak pon diuruskan dengan baik sekali..alhamdulillah...tq to my maid (saya terpaksa menanggung risiko mengambil maid utk membantu menguruskan anak). Walaupon saya harus bertolak seawal 6.50 am, tapi saya tak pernah tensen malah i enjoy driving everyday dengan highway yang bole dikatakan lengang sambil2 mendengar radio...

Sampai di ukm kl lebih kurang 7.45...masuk je kawasan pagar, hari2 saya rasa kehadiran saya dihargai...berbeza keadaannya dulu...walaupon rumah dekat giler...tapi hari gi kerja tensen & rasa tak dihargai...itulah namanya kuasa Allah mengatasi tahap pemikiran manusia. Ramai juga yg kurang b ersetuju saya bekerja di kl memandangkan logistik & workload yang agak berat di ipta (berat pon berbaloi beb....nanti leh naik AP or P).... n i have ample time to prepare my teaching materials beforehand (kalo tak cukup tu sendiri salah la sebb selalu sangat shopping kat coket n jalan TAR - ini lagi satu therapy utk tensen yg saya tak dapat di cyberjaya)...dalam kate lain, segalanya berjalan seperti yg di doa kan...mendapat bilik besar utk seorang pensyarah sudah cukup buat saya bersyukur.

Apa pon..its too early to judge apa yg saya dapat sekarang betul2 kebahgiaan dan rezki atau cuma ujian sementara...(ye ke?)..insyaallah ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat saya di sini.

Bercakap mengenai rezki saya di bulan Ramdhan yang mulia... there are 3 major things in my life happened during Ramdhan:

1- saya bertemu dengan seorang lelaki mulia di bulan Ramadhan yang telah memebri kebahgiaan kepada kehidupan saya sehingga ke hari ini iaitu siapa lagi kalo bukan my hubby...itu cerita hampir 10 tahun lepas (walaupon kami baru mendirikan rumah tangga 2 tahun 7 bulan -ohh..hari ni genap umur amirul hadiff 1 tahun 4 bulan).

2-saya disahkan pregnant 2 tahun lepas...1 hari puasa tula dah bole detect.

3-saya mula bertugas di jabatan biokimia, pusat perubatan UKM sebagai pensyarah...

bukankah ini rezeki di bulan Ramadhan..Ya Allah, tq for everything!!!

Kawan2 doakan saya selamanya bahagia...semoga doa itu akan kembali kepada anda semua.

Monday, August 25, 2008

Salam akhir buat CUCMS...

Saat mula berkenalan,
Ku akui rasa gelisah mula menjengah,
Dipertengahan perjalanan,
Tidah harus kunafikan,
Bait2 sayang dan kasih mula bercambah,
Setelah bersama menongkah arus dan badai dugaan,
Setelah bersama mengharung gelora perjuangan,
Kasih, sayang & kebersamaan semakin sebati di jiwa,

Tetapi,
Inilah takdirnya,
Di hujung pertemuan pasti menjanjikan perpisahan,
Bukan kerana apa,
Demi perjuangan sebuah jiwa,
Demi masa depan dan cita2,
Akukan tetap melangkah pergi,

Sebelum aku mengundur diri,
Renunglah ku di sini,
Kerna mungkin terjadi,
Kita takkan bersua lagi,
Kerna pertemuan ini,
Mungkin yang terakhir,
Ampun dan maaf ku susun sepuluh jari
Tak usah dikesali atas apa yang terjadi.....

Sunday, August 24, 2008

Scroll & Topi Bulat (Hunter's Hat) Ku

Family ku...
Bahaya tul renungan si kecik ni...
Akhirnya..buat tatapan kengkawan..inilah scroll & topi bulat/roti canai/hunter's hat ku...

Thursday, August 21, 2008

Konvo PhD, UKM-36.

Lama sungguh tak berblog. Ini bukanlah atas alasan takde masa. Infact saya dah addicted merayau ke blog this someone yang sangat attractive & makes my comp. hang bila sampai ke situ. Tapi utk menulis di blog sendiri ada sedikit rasa malas dan takde pak 'mood'. Mayb because of the entry that i would like to write this time ada sedikit kekecewaan pada isinya yang mana tak sepatutnya berlaku.

Well, semua tahu konvokesyen is a big day for a graduan..esp. like me, this is not graduation day for my 1st degree but for my PhD. No more convo after this level because this is the highest level that you can be appreciated in such way (certainly this is not the highest level in academics- u still can go for post doc & etc.). Tapi bak kata sorang Prof yang amat dihormati...buat PhD ni bukan senang, ada yang bercerai because of this, ade yang bunuh diri just because of this. Sungguh mencabar, siapa yang tengah buat or dah buat tu tau la...anda akan di uji dengan pelbagai ujian...anda harus berupaya menyelesaikan segala permasalahan filosofi kajian anda dengan kehebatan mental dan fizikal yang ada..itulah die philosophical doctorate. Kalau semua ni dapat diatasi dengan keputusan kajian yang membanggakan, barulah anda akan dianugerahkan ijazah doktor falsafah.. Dlyn (my beloved cousin),...caiyoook..aku percaya ko bole!!! Esp. utk org2 yang masih muda dah buat PhD lagi laaaaa...rasa nak dihargai...

Berbalik kepada cerita yang tak best tu...hmm..life saya tak pernak berubah dari dulu sampai sekarang..saya kene jadi anak bongsu yang tak hopeless & helpless, walaupon sebenarnya saya nak jadi mcm tu..nak rasa dimanja & bergantung pada org lain.. kan best kalo hidup kita semua saling membantu dan tjawab tu tak perlu kita pikul sorang...

My big day was on 9/8-saturday (morning session). Bermula dari hari khamis, saya dah mula bercuti. Balik kg ambik mak ayah..balik naik bas tau...sebb nak balik hari..(my hubby tak leh cuti)..for me to drive kl-tapah balik ari tu ok, tapi kalau dr cyberjaya tak larat la..mayb bole try one day. So sampai rumah dah malam terus amik anak kat bibik sebelah rumah...oh letih nye hanya Allah yg tau..kalau saya letih mak ayah saya lagi letih...Ayah dah almost 80. Mak pulak 75. Now you know kan, kenapa saya tak tergamak nak suruh diorang naik bas sendiri dari tapah & ambik kat pudu je!!! Itu 10 thn dulu bole la.

Jumaat-cuti. rehat kat umah. Malam tu dah siap2kan ape yg nak dibawak esok...not for me but for my parents..buat 2 flask air panas utk mak & ayah, & sedikit bekalan roti kalau2 diorang lapar dlm dectar..ni la masalah sessi pagi..subuh dah kene bertolak kalo tak jem teruk pulak nanti nak masuk ukm tu. Selain tu sediakan renehkan bubur nasi amirul & sediakan jadual minum susu & makan amirul so that my hubby senang nak jaga die nanti...

Owh..mesti terpikir..kenapa hubby tak pegi??? Well, anak saya kecik lagi la..baru setahun..nak bertolak awal pagi kul 6.30, majlis habis kul 1 pm..bukan bole masuk dewan pon..dia nak mandi, makan, berak seme kat ner...kalo abah die yang nak melepaskan hajat, sape nak pegang?..kalo I yang jaga pon menggeliat jugak tu..inikan pulak abah die..kalo ade proper place tak pe...ni dok la kat belakang dectar tu ..tak kesian ke...Thats why we decided this way..

Sabtu..seawal 6.30 pagi I dah bertolak dari rumah bersama mak ayah..sampai dalam kul 7...huhu..mase tu pon parking dah penuh tau...masa tu baru pakai jubah dan hunter's hat (bukan mortar board lerr)....tengok muke ayah ngan mak tergambar 1001 kegembiraan dan keterharuan...rase nak nangis pon ade. hey, bukan senang tau nak sampai ke tahap ni...dah sampai tahap bergolok bergadai..tak percaya ke?...at one stage saya jualkan rantai tangan emas hadiah SPM semata2 nak menampung kos sara idup masa buat phd ni.. :( (dan bukan rantai emas tu je yang jadi mangsa).

Masa beratur utk perarakan masuk graduan sudah pon tiba...masa tu saya adalah orang kedua yang menjejakkan kaki ke carpet merah ( saya org kedua yang naik stage pagi tu)...dah la konvo sessi 1...kalo tak I yang akan merasmikan penganugerahan tu (sebab majlis mula dengan fakulti perubatan), tapi sebb i tak dtg raptai....tak gheti la steps...dah la yg kasi tu Tuanku Ja'afar (YDB N9). Nasib ade dr rohaizat..so push die dok depan..

Dari jauh semasa turun tangga perarakan masuk graduan..i dah nampak mak & ayah dok kat ne..siap lambai2 lagi..tapi nampak macam diorang masih tercari2 tak perasan..ye la..semuanya jubah sama utk phd...Tak pe la..

Sampai pulak masa utk naik ke pentas menerima anugerah dari Tuanku...hehehhe...dlm hati jugak berkata...ni kalo mak ngan ayah tak perasan ni impossible sebb for muka siap terpampang lagi kat screen & siap ade name lagi...(special for Phd & Masters)...yang lagi best Tuanku masa kasi scroll siap sembang tu..tanya asal mane?...eh...jgn nak wat calon ye..ekekekke..lawak la tu.

huh....majlis terus berjalan dengan rasa boring..ni bukan sebb ape...bukan majlis tak meriah tapi sebb saya orang ke2 sedangkan majlis akan berakhir pukul 1 pm..dalam hati cakap...mujur bawak bekal utk mak ngan ayah tu..kang hipoglisemia pulak.

habis je majlis...graduan keluar dulu..saya tunggu ditepi pintu B, menunggu mak ngan ayah keluar..takut diorang hilang..kalo ade hp takpela..senang cerita..tunggu punye tunggu...matahari dah makin panas..mak ayah pon tak nampak2...yela..org berpusu2..at last...nampak diorang keluar...terus tarik jauh skit dr dectar sebb terlampau ramai manusia..yang sessi thari pon dah sampai..

jalan punya jalan..dlm hati dah pikir..eh..aku ni nak ambik gambar..macam mana la ni...memang masa ni dah jauh sdari dectar..dah org penuh, sian pulak ngan mak ayah..last2 tekad je la..tengok muka diorang pon macam dah letih je lapar...nampak sorang adik tengah pegang hp..mintak die snapkan gambar 2 keping je kat panggung seni..tu je a gambar yg ade kat area ukm..SEDIH tak leh nak cakap...tapi sebb kesian ngan mak ayah yg nampak dah uzur sangat...saya pon bawak diorang ke kereta...start enjin dan balik...masa ni pikir...aku ni macam takde adik beradik dlm dunia ni..takde sape menyambut keluar...no one cares..cemburu tengok kegembiraan org lain hari tu.. sekali lagi tak ape lah..

balik rumah...hubby siap2..kitorang keluar semula gi STuDIo..ni jela yang mengubat hati...memang mahal la gambar ...rm310..tapi puas hati..tengok anakanda yang encem tu...pandai posing walaupon baru setahun jagung...(gambar nanti la i upload)..

pastu hubbu bawak gi makan...& then bawak mak ayah pusing2 pjaya & tangkap gambar di pjaya..depan palace of majesty..macam aku ni graduan law pulak..

pastu balik umah sakit kepala...mayb sebb memendam perasaan kut!!..sekali lagi..tak apalah..apa pon aku bersyukur kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmat yang diberikan..

(GAMBAR to be uploaded later)..

Monday, August 4, 2008

hari ni dan semalam!!

Lama sungguh tak menulis..kalo kat sini pon tak masuk friendster apatah lagi.
Almost 1 month tak singgah kat sini. macam2 bende jadi...ada yg manis ade yg pahit..tapi hasil dari manis dan pahit tu jadi sedap. Mula2 ade sikit rase frust sebb gaji tak naik seperti yg diwarwarkan. Tapi yg best pulak..dah dapat offer letter dari UKM fr the post of lecturer dengan tangga gaji P1T1 Ds51...huhu. Alhamdulillah..I dah pikir masak2...i will go, full stop.

Sayang nak tinggalkan tempat ni. tapi for the sake of my future i must take this as a challenge. hate to restart all over again but what to do. Saya masih muda...belum ada kereta idaman, belum ada rumah dengan tanah lot...belum penah gi bercuti ke osea..dan banyal lagi yg belum-belum. So i have to go...walaupon lepas ni saya tahu saya akan merungut sebb kene bertolak awal pagi ke UKM kl sebb rumah dekat sri kembangan, tu belum dok dengkil lagi tu. Tapi mase muda ni la kene keje kuat kan??...kalo dah tua bole hidup senang. Kalo muda2 nak hidup senang je, pastu tetibe dah tua sedar2 tak dapat2 P or not even AP..baru padan muka. Ok la tu wahida..you can do it!! Mungkin apa yg saya bole buat..plan baik2 so that amirul tak dapat adik lagi...tunggu dah confirm baru leh pikir to have another baby.

Hmm...semlm baru je balik dr Langkawi gi bercuti ngan hubby & si kecik tu...letih tapi best. shopping tak hengat..tapi heran..saya shopping sikit je utk dr sendiri..banyak beli utk rumah & buah tangan utk org..rase puas pulak mcm tu. Gambar ade sikit je..nantila esok2 saya cerita pasal trip tu..

hari ni baru je balik amik jubah kat ukm bangi..huhu..sabtu ni konvo phd ku..dah hampir 8 tahun ku tunggu...kalo anak kire dah nak sekolah dah.

kengkawan..dtg ye sabtu ni sessi pagi 9.8.08.

okla..chow dulu.

Monday, July 7, 2008

Keliru..

Argh..pening..
B4 ni rase mcm ok...
Senang je nak buat keputusan..
tapi now,
bila dah berhadapan dgn the real sitoation baru buat diri terpikir2 bukan 2,3 kali..
lebih 10 kali...
tapi masih lagi rasa sedikit takut..

People out there,
i need your opinion..
betulke keputusan yang i buat ni..
i am going to leave CUCMS..
i am going to join UKM..
huhu..
new environment,
new people,
new system,
not sure its gonna be better or ...
workload?? i dunno...
but just one thing that i am sure..
a brighter future,
better pay,
more benefits..
for me & family..

dlin..
suN..
kengkawan..
please give some opinion..
tq.

Tuesday, June 10, 2008

Dinner Pharm (CyberLOdge) 08


This was the first time i went out alone, tak bawak hubby & anak since beranak...dah banyak invitation dr faculty yg ditolak sebb pikir anak takde org nak jaga...tapi this time rase mcm nak pegi sangat. Amirul Hadiff pon dah besar.


So, dengan tekad hati pegi jela...theme nye tradisi..alamak..mane ade baju tradisional nak pakai yg vogue gitew utk ke dinner since badan dah naik mcm dipam2...pikir punye pikir teringat kat satu baju punjabi sut yg dah lama terperok...beli masa year 2 degree utk dinner gak la. Pastu tak pakai sebb sangatla tak sesuai..banyak sangt cermin kecik2 kat bahagian depan bj. so..pakai je la kan tradisi jugak tuh..lagi pon baju tu still muat pasal takde cutting.


so, malam tu tersengih2 hubby ku melihat wifenye yg dah lama tak melaram..sesekali melepas gian. kalo mase anak dare dulu memang la keje melaram je hari2...


sampai kat cyberlodge...hall die not bad..so far tak penah masuk...buffet yg kat luar tu penah la..waaaa...banyaknye pompuan cantik...students biasele..sesekali ditouchup..pergh bole tahan gak..


makanan pon not bad..tapi takla tradisi..lebih kepada rojak. Mula2 dihidangkan dengan chinese dish..pastu nasi tomato then buah pastu abis...huhu, tu je..takpela budget kecik kut.


tengok jam dah kul 10 lebih..ingat nak blah je..tetibe ade anouncement...pecaye tak..i was selected for the best dress of the night...kelakar tak?...sangat!!


mase kurus tak penah lak menang..bile dah gumuk mcm ni baru nak menang..kikikiki..anyway, tq for all students yg mencalonkan dan yg memberi hadiah..hadiah nye hamper besar la jugak. tq tq tq..
nak tengok gambar..sile ke friendster ye...klick kat link at the right column.


Monday, June 9, 2008

Happy 1st Birthday Amirul Hadiff







Gambar2 yg sempat di rakam..


Tq for all students yg sudi dtg..




Menu hari tersebut:


Soto (Hafiz masak)


Kuah durian cicah roti (I masak le)


Kueh Lopis


Pulut Inti (Mak Pah buat)


Kueh Karipap


Agar2 tembikai


Buah tembikai original




memang agak penat..problemnye ialah rumah saya sangatla tak berkemas..so bila nak buat majlis mcam ni baru nak kemas. mlm tu je dah tido kul 4 pagi. susun sana sini..pagi bangun kemas luar rumah pulak..ye la..rumput pon dah panjang..malu la gak kat student2 i..




alhamdulillah..semua berjalan lancar..tak sangka pulak yg datang tu agak ramai. budget dalam 20 org je...tetibe yg datang dekat la 40 org...nasib baik hubby dah standby jugak meehoon lebih..so 3 kali celur la jugak. Mujur jugak la kuah soto dah termasak setengah periuk besar (besar tau bukan medium).




yang tak syoknye..amirul hadiff buat hal pulak pasal hari dah lewat petang...time die tido memang dalam kul 4..abis tu menangis la die rimas. hmm..tengokla gambar2 die menagis...


nak tukar baju baru utk bday pon tak dan pasal tak sempat..takpe la mirul, pakai la baju elephant tu je..




anyway, pada yg rindu...ni la gambar2 yg ade...


Thursday, May 29, 2008

Today is my wedding anniversary day!!

Huhu..dah pon genap 2 tahun usia perkahwinan kami...alhamdulillah. Allah dah kurniakan seorang zuriat yg comel dan berusia setahun. Kebetulan amirul hadiff lahir pada 18/5 which is sedangkan 28/5 adalah tarikh perkahwinan kami...

Tu la..plannya nak wat makan2 sket kat umah...sabtu 7/6 nanti..pada sesiapa yg berkenaan, silalah hadir hi tea ye bukan lunch tau...dtgla pukul 4 ke atas...

Pada SuN di luar sana..jgnla sedih ye...walaupon ko tak dapat dtg, aku akan kirimkan ko twisties dan segala macam tit bit yg made in malaysia utk ko...itu je yg termampu...isk isk..sedih lak. Takpe...nanti aku upload gambar ekk...

Tunggu....

Tuesday, May 27, 2008

What is so special about RIZ?


Demam AF la ni..

tapi dari awal lagi rase2 riz ni ade something, ade aura yg bagus, ade charisma...

bukan senang tetibe je dah pandai buat ad-lib, flosetto...suara ala2 anuar zain...

but some of us tak suke kan RIZ sebb mulut laju sket...

tapi dr pandangan seorang pendengar, die just trying to be honest, jadi diri sndiri tak payah nak berpura2..

tapi sekali tengok ade tak macam nicholas saputra..ade kan??...hehheheh, bezanya kaler je & saiz badan je..

ape pon..RIZ, you go boy!!

Monday, May 12, 2008

I am stronger than be4..

Sebelum ni...
I always cry...alone...not infront my mum, my hubby, or sesiapa saja..
I always pretend to be strong infront of people..
but the reality is...i am fragile...mudah pecah, hancur berkecai...

Sebelum ni...
Macam2 dugaan dan cabaran hidup telah di tempuhi...
masa single, dah kawen even lepas dah bergelar mama...
dugaan yg dtg tu,
bukan makin lama makn simple..
tapi makin lama makin complex..
cuma yg berbeza..
dulu ada ramai kawan..
yg setia bersama..
memberi semangat..
tapi itu cuma sementara..
sampai bila kawan akan setia bersama..
sampai masanya kawan akan pergi juga..
meneruskan hidup masing2..

pada masa ini..
kita masih ada keluarga..
yg sepatutnya bersama selamanya...
sama merintih, sama menangis..
tapi mereka juga manusia biasa..
ada masa mereka juga tak bisa memenuhi permintaan..
tak sempat memberi sokongan..
pada ketika ini..
rasa lonely tu selalu dtg menghampiri..
walaupon di tengah2 kebisingan hari..
rasa sunyi dan tiada tempat bergantung itu pasti..

pada ketika itulah..
kita sedar...
kita perlu kuat..
kita tidak boleh mengharap..
kerana manusia itu adalah manusia..
budi itu dibawa mati bukan utk dibalas..
mengharap balasan dari manusia..
kita takkan pernah puas..

dan akhirnya kita mencari Allah..
hanya dengan kasih sayang
Ar rahman & Ar rahim Allah..
buat kita jadi kuat..
hanya balasan dari Allah buat kita jadi puas..

dan kini
rasa lebih kuat..
rasa lebih tenang..
kerana kasih sayang Allah itu ada di mana2..
tidak perlu meminta ihsan manusia..

TQ Allah...

family day- cherating / abah dan pool nye..

huh..kalo single ni dah terjun laut dah..takpe tunggu mirul besar skit, kita terjun sesama
abah & pool ....




cian mirul demam..

amirul hadiff takut laut rupenye
cherating beach resort